Burung merupakan hewan cantik yang bersayap dan kebanyakan darinya dapat terbang. Setiap spesies burung mempunyai corak dan warnanya tersendiri yang mampu menarik perhatian kita. Berikut merupakan 10 burung paling cantik di dunia beserta infonya.
1. GOLDEN (Chrysolophus pictus)

Golden Pheasent Of Asia adalah burung yang mempunyai warna bulu paling
cantik di dunia. Kebanyakan spesis ini tinggal di hutan pergunungan
sekitar barat China, tetapi ada juga spesis ini yang habitatnya di
United Kingdom atau kawasan-kawasan lain.
2. Birds of Paradise (Paradisaeidae)

Birds of Paradise yang tercantik boleh dijumpai di New Guinea, dimana
bulu pelepahnya panjang dan kelihatan seperti gumpalan perhiasan. Spesis
ini adalah dari kategori burung tropika. Ianya dikenali kerana bulu
spesis jantannya yang terserlah. Kebanyakan spesis ini tinggal di New
Guinea atau pulau kejiranan yang berdekatan. Bulu pelepah spesis
jantannya yang cantik sering dijadikan perhiasan bagi topi wanita.
3. Hyacinth Macaw (Anodorhynchus hyacinthinus)

Hyacinth Macaws tinggal di tengah dan timur Amerika Selatan. Ianya
adalah spesis Macaw terbesar dan spesis kakak tua terberat yang mampu
terbang selain Kakapo dari New Zealand dengan berat melebihi 3.5kg. Dari
segi panjang, ianya adalah lebih besar dari mana-mana spesis burung
kakak tua lain. Populariti mereka sebagai haiwan peliharaan adalah lebih
besar berbanding yang tinggal di dalam hutan. Burung dalam kurungan
mencecah harga sekitar $ 9,000 - $ 12,000.
4. Flamingo (Phoenicopteridae)

Flamingos boleh ditemui di Hemisfera Barat dan Hemisfera Timur.
Flamingos kerap berdiri dengan sebelah kaki. Tidak diketahui mengapa
tingkah lakunya begitu. Lidah flamingo dianggap sebagai makanan istimewa
Masyarakat Rome Purba. Pelombong di Andean juga membunuh flamingos
bagi mendapatkan lemak mereka yang dipercayai penawar kepada batuk
kering.
5. Scarlet Tanager (Piranga olivacea)

Scarlet Tanager merupakan spesis American Songbird yang bersaiz
sederhana. Spesis jantan berwarna merah terang dengan hitam dibahagian
sayap serta ekor. Spesis betina pula warna kekuningan dibahagian bawah
dan kuning langsat dibahagian atas. Ekor dan sayapnya pula kuning
keperangan.
6. Northern Oriole (Icterus galbula)

Northern Oriole juga dikenali sebagai Baltimore Oriole si timur dan
Bullock’s Oriole di barat. Ianya adalah spesis kecil dari kategori
Icterid Blackbird dengan 18 cm panjang dan berat 34 g. Ia juga adalah
salah satu spesis burung tempatan yang berwarna terang dan mempunyai
alunan bunyi tersendiri.
7. Mountain Bluebird (Sialia currucoides)

Bluebird adalah bersaiz sederhana. Ianya omnivor serta spesis pemakan
serangga dari golongan Genus Sialia berdasarkan keluarga Turdidae.
Tarikan pada burung ini ialah bulunya berwarna biru atau biru dan merah.
Spesis betina mempunyai warna yang pudar berbanding jantan.
8. Northern Cardinal (Cardinalis cardinalis)

Northern Cardinal juga dikenali sebagai Redbird atauVirginia
nightingale. Northern Cardinal ialah burung dari kategori Songbird yang
mempunyai ketinggian21-23 cm (8.3 to 9 inchi). Ia mempunyai jambulnya
tersendiri dan seakan memakai topeng hitam pada yang jantan dan kelabu
untuk betina.
9. American Goldfinch (Carduelis tristis)

American goldfinch juga dikenali sebagai Eastern Goldfinch dan Wild
Canary. Burung jantan menonjolkan bulu yang terang semasa musim
mengawan. Pelbagai cara digunakan untuk memikat burung betina
termasuklah dengan gerakan di udara dan nyanyian.
10. Wood Duck (Aix sponsa)

Wood Duck atau Carolina Duckmerupakan itik bersaiz sederhana. Itik
dewasa biasanya19 inchi panjang dengan kembang kepaknya 29 inchi. Itik
jantan dewasa mempunyai bulu berwarna-warni dengan pelbagai corak yang
tersendiri dan mata merah. Itik betina pula kurang berseri, mempunyai
cincin putih pada mata dan tekak keputihan.